"Ketahuilah bahawa kesusahan itu akan membuka pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mendewasakan jiwa, mengingatkan hamba dan menambah pahala".

~ IkLan ~

CounTeR



~ TimE ~

Wednesday, December 29, 2010

Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Yang Menerima..


Pernahkah anda melihat;-

beberapa org kanak2 meminta2 sedekah di stesen2 bas,

org cacat memegang cawan sambil meminta sedekah atau org buta bermain muzik ditepi pasar malam,

org kurang upaya meminta bantuan direstoran atau kedai makan,

atau sesiapa sahaja yg meminta belas kasihan untuk mengutip dana membangunkan sekolah atau masjid dan sebagainya?

Apakah pandangan anda tentang perbuatan atau pekerjaan ini?

Berbagai2 tanggapan individu terhadap golongan2 ini samada positif mahupun negative..

Ada juga individu yg mengatakan ini adalah taktik sendikit yg menghantar org2 miskin atau kanak2 utk meminta sedekah.. Ada juga yg mengatakan org sihat yg berpura2 kurang upaya utk mencari duit dgn cara yg mudah..

Apa pun tanggapan masyarakat, pernahkah kita terfikir kenapakah golongan2 ini berlaku sedemikian rupa,

Patutkah kita menuding jari atau menyalahkan individu tersebut tanpa menyelidik atau mengetahui kenapa boleh berlakunya perkara seperti itu dan tanpa kita berbuat apa2 yg boleh membantu mereka bebas dr gejala seperti ini atau hanya berdiam diri sahaja serta memandang hina kepada golongan ini..

Alangkah kejamnya masyarakat jika kita berfikiran seperti itu..

Yang pasti tiada manusia atau masyarakat yg mahu hidup susah dan merempat seperti itu..

Jadi bantulah mereka tak kira dari segi apa juga bantuan..Jangan lah kita berfikir bantuan kita yg sedikit itu hanya sia2.. Kerana Allah lebih mengetahuinya..

Bantulah dengan ikhlas dan niat untuk menolong org susah bg meringankan penderitaan mereka.. Jika mereka hanya bersandiwara atau berpura-pura itu adalah tanggungjawab & kewajipan mereka terhadap Allah s.w.t..

Bagi golongan2 yg berpendapatan besar kenapa tidak diberikan kerja yg lebih baik kepada golongan susah bg menghindarkan golongan ini dr mengemis & meminta2 dr hanya berdiam diri dan melihat sahaja perbuatan ini walaupun tidak menyukainya..

Apapun mereka, mereka tetap insan dan makhluk Tuhan yg mahukan kesempurnaan dalam hidup..

~Renungan bersama buat diri sendiri & saudara maraku~

“Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah di jalan Allah sebahagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi syafa’at. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim.” [Al Baqarah 254]

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah s.a.w. ada menyatakan dalam hadis-hadisnya bahawa sedekah itu boleh di bahagikan kepada tiga jenis iaitu sedekah dengan hati, lisan dan perbuatan.

Pertama sedekah dengan hati :
Niat yang ikhlas dalam apa jua pekerjaan.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "Seorang hamba yang dikurniakan Allah ilmu dan niat yang ikhlas, ia berkata, 'Seandainya aku memiliki harta, nescaya aku akan beramal sebagaimana yang diperbuat oleh si polan (golongan yang diberikah harta dan ilmu).' Dengan niatnya tersebut, maka pahala kedua-dua hamba ini sama."
(Hadis Riwayat Tirmizi).

Kedua sedekah dengan lisan :
Berzikir seperti tasbih, tahmid, tahlil dan takbir.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah dan setiap takbir adalah sedekah..."
(Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Nabi s.a.w. lagi yang bermaksud, "Perkataan yang baik adalah sedekah."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Antara ucapan yang baik yang dianggap sebagai sedekah adalah memberi salam, mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran, berlemah lembut sewaktu bercakap dan tidak menguris hati orang lain.

Ketiga sedekah dengan perbuatan :
1. Senyuman, sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, "Senyuman kepada saudaramu adalah sedekah."

2. Solat : Solat adalah sedekah untuk diri sendiri. Berjalan ke masjid juga merupakan sedekah.

3. Puasa sunat : Puasa sunat adalah sedekah untuk diri sendiri.

4. Tidak mampu menunaikan haji dan umrah. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, "Barangsiap yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk menunaikan solat fardu, pahalanya seperti pahala haji. Barangsiapa yang keluar untuk solat Duha dan tidak keluar melainkan hanya untuk itu, pahalanya seperti pahala umrah."
(Hadis Riwayat Abu Daud).

5. Manusia mempunyai sebanyak 360 sendi dan sedekahnya ialah solat Duha dua rekaat setiap hari.

6. Membuang atau mengalihkan sesuatu yang menghalangi jalan.

7. Membersihkan masjid dan menjaga kebersihannya.

8. Menolong insan yang memerlukan dan mendamaikan antara dua orang.

9. Memberi tumpang seseorang atau barang-barang dengan kenderaan.

10. Menunjukkan jalan kepada orang yang sesat serta membantu orang buta.

11. Memberi minum kepada sesama makhluk tidak kira samaada manusia atau binatang.

12. Memberi pinjaman wang atau menangguhkan bayaran balik pinjaman sekiranya orang yang meminjam tidak mampu membayar dalam tempoh yang sepatutnya dilangsaikan hutang tersebut.

13. Mengajarkan ilmu.

14. Menanam apa jua pokok atau tanaman, kemudian dimakan oleh makhluk Allah..

Sahabat yang dikasihi ..
Oleh itu janganlah bertangguh-tangguh untuk bersedekah, walau pun dengan sumbangan seringgit, dengan niat yang baik, dengan kata-kata yang baik dan senyuman kerana sesungguhnya syaitan akan menghalang anak Adam dari melaksanakan amalan sedekah ini.


Saturday, December 4, 2010

!! Suddenly....!!

Suddenly i feel exhausted..
Feel so bored..
Feel so sad..
Feel so disappointed..
Feel so dejected..
Feel so lost..

Allah...
You're the only One that showed me the way..
Cause You're always by my side..
InsyaAllah...

Thursday, September 23, 2010

~ SyawaL Datang Lagi ~

Assalamualaikum semua...

Rasenye belum terlambat lagi untuk sy mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN..
Yela raya kan sebulan..
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana mempertemukan kite lagi dgn kedatangan Syawal setelah menjalani ibadah dibulan Ramadhan..

Kemeriahan Syawal kali ni boleh digambarkan dengan setiap photo-photo yg sy upload kt bawah ni.. Semoga paparan ni dpt mengembirakan setiap insan yg melihatnya...('',)

Kemeriahan sebelum menziarah sanak saudara...

Rumah Opah Sa'yah di Manjoi..

Huduh btoi muke sorg2 nie..ngeh3x..

Rumah Makcik Timah di Temoh..

3 Budak Nakal...uYin, Abg Lom & hekaL..

Rumah Kak Mun di Temoh..

Kemeriahan diAidilfitri..Umah PakWe & MakWe di Tanjung Tualang..

Tok Wan & cucu-cucunye...

Ngan Mak Tercinta...

K.wa ngan Hubby..Abg Muhsin..

My cousin... Nanad & Tira (name glamour..hehe)

Uyin yg suke control ayu...hehe...

Jaja yg so sweet....

Alif yg malu-malu...

Wednesday, September 1, 2010

:: New Accessories ::

Finally i get it... GPS
lame dh nak tp ni bru dpt..tetibe dh xpikir panjang..
tgk promotion kat jualan murah barangan raya, putrajaya..bekenan terus beli..
asyik dok fikir jew tp xbeli2 pun..duit pun habis xtau kemana..
kali ni duit habis pun nampak brgnyer...
huhu puas hati gak lah..

GPS Navi-Plus N411

Included Accessories

Specification:-
CPU : Media Tek MT3351
Flash memory : 64/128MBytes
EMS memory : 64 MBytes
LCD display : 5" TFT LCD display
Touch screen : High-accurancy, endurable touch-screen
USB : USB Client 2.0, MINI USB port
SD : SD/MMC slot, the max. capacity of SD card supported reaches to 8GB
Audio : A-Built-in high fidelity speaker
B-High fidelity stereo earphone
GPS : Cold start <42s equiv="Content-Type" content="text/html; charset=utf-8">°C to 60°C
Working humidity range : 45% to 80% RH
Storage humidity range : 30% to 90% RH
Atmospheric pressure : 86KPa to 106KPa

Friday, August 27, 2010

~ Sin99ah SahuR ~

Kali ni bersahur kat luar..
just nk amik angin bersahur di luar..
tp xlah lewat sgt coz takut letih n mengantuk bile bekerja nnti.. nk berbuka puasa kt luar skrg mmg xsempat..
coz malam de kelas..klu x ke kelas pun solat terawih..
so luangkan masa tok sahur plak..
sepanjang bulan ramadhan ni, ni lah kali pertama bersahur dgn hidangan yg marvelous..
slalu 2 bersahur n berbuka sesorg je kt rumah..
mmg xbest langsung sbb semangat menjamu selara sorg x same mcm menjamu beramai2..
hhhmmmm bile berbuka pose n bersahur, slalu igt kt kmpg n family...
aaaaaahhh rindu nk berpuasa bersama keluarga...


Tempat ni kat Restoran Rimbun Clasic Bangi....


Hari Khamis 26 Ogos 2010 jam 12lebih mlm...


ni gamba2 yg aku ambil masa bersahur..



huh..mmg x sabar dh nk makan..lapar coz berbuka dgn kurma, roti john & ais kelapa jew..


Yummmy..yummmy..huhu terbaikkkkkkkkkkk ('',)


Lain kali klu de tmpt makan best2 lg sy upload pic & update blog ye kgkawan...


Cau Cin Cau......


Monday, August 23, 2010

:: Rahsia tarikh lahir dalam bulan Islam ::

Pada sapa yg nak tahu tarikh lahir die dalam bulan Islam boleh lihat laman web: http://www.islam.com/islamicdates.asp?ct=%27yes boleh check tarikh lahir korang kt sini..

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,
dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang
pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan
yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya.
lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat
buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah
di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia
melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya
ianya akanmendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat
besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa
diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif
dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan
mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan
kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya,
mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar
kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran
dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia
berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang
bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan
tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang
menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai
kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia
salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi
bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak
mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu
mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya
yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa
dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut
mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan
nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka
bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.
Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau
bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya
tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah
semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik,
berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan
mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak
angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka
menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka
dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan
hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya
dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu.
Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai
keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya
dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada
dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir,
kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat
hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana
banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi
keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak
berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu
baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya
sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala
terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana
dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia
seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang
pertimbangan.


Saturday, August 21, 2010

~ Keberkatan Berpuasa ~

Hadith Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”

Pengajaran Hadis:
i) Setiap muslim harus memahami konsep sebenar puasa supaya ibadah puasanya itu tidak menjadi suatu perbuatan yang sia-sia.
ii) Berpuasa mengikut perspektif Islam ialah menahan diri dari makan dan minum serta mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkannya mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
iii) Selain itu puasa juga bermakna menahan diri daripada perkara-perkara berikut iaitu:
a) Menundukkan pandangan mata serta mengatasinya daripada tertuju kepada segala yang tercela.
b) Menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang sia-sia, dusta, fitnah, cacai maki dan menyinggung perasaan orang lain.
c) Menahan pendengaran dari mendengar segala sesuatu yang ditegah agama di mana perkara yang haram diucap adalah juga haram didengar seperti mengumpat dan sebagainya.
d) Mencegah tangan, kaki dan perut serta semua anggota badan daripada melakukan atau mengambil perkara yang haram.
iv) Seorang muslim hanya akan terbentuk melalui ibadah puasa yang ditunaikan dengan penuh penghayatan di mana bagi mereka yang berpuasa sekadar untuk menunaikan kewajipan tanpa memahami apa sebenarnya yang dituntut oleh agama maka mereka tidak akan dapat merasai kemanisan nikmat puasa tersebut malah puasa itu dirasakan sebagai satu bebanan yang terpaksa ditanggung.
v) Bulan Ramadhan adalah bulan di mana pada awalnya dijanjikan keampunan (maghfirah), pertengahannya rahmah dan akhirnya dijauhkan dari azab api neraka. Oleh itu setiap daripada kita haruslah berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T dan sentiasa mengingati-Nya dengan melakukan amalan-amalan baik di samping menjauhi segala sifat-sifat yang keji dan mungkar.

Friday, August 20, 2010

~ BerSABARlah ~

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat, tp banyak pula dugaan yg datang...
Kadang-kadang kita minta cerdik, tp masalah pula yang bertandang...
Kadang-kadang kita minta kebahagiaan, tetapi huru hara pula menjelang...

Dugaan menjadi mental kita kuat...
Masalah menjadikan kita berfikir...
Huru hara menjadikan kita tabah...

SUBHANALLAH.......

Betapa hebatnya Allah...
Semua aturannya ada hikmah tersembunyi..('',)

Monday, August 16, 2010

♥ 10 Hal Yang Mendatangkan Cinta Allah ♥

Setiap manusia pasti ingin mendapatkan cinta Allah. Namun bagaimanakah cara untuk mendapatkan cinta tersebut? Ibnul Qayyim Rahimahullah menyebutkan beberapa hal bagi menerangkan maksud perkara tersebut dalam kitab beliau Madarijus Salikin , tahap-tahap menuju wahana cinta kepada Allah adalah seperti berikut:

1) Membaca al-Qur’an dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksudnya yang benar.

Itu tidak lain adalah renungan seorang hamba Allah yang hafal dan mampu menjelaskan al-Qur’an agar difahami maksudnya sesuai dengan kehendak Allah SWT. Al-Qur’an merupakan kemuliaan bagi manusia yang tidak boleh ditandingi dengan kemuliaan apapun. Ibnu Sholah mengatakan

“Membaca Al-Qur’an merupakan kemuliaan, dengan kemuliaan itu Allah ingin memuliakan manusia di atas makhluk lainnya. Bahkan malaikat pun tidak pernah diberi kemuliaan seperti itu, malah mereka selalu berusaha mendengarkannya dari manusia”.

Perkara ini boleh dilakukan umpama seseorang memahami sebuah buku iaitu dia menghafal dan harus mendapat penjelasan terhadap isi buku tersebut. Ini semua dilakukan untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh si penulis buku. (Maka begitu pula yang dapat dilakukan terhadap Al Qur’an)

2) Mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah-ibadah sunat, setelah mengerjakan ibadah-ibadah wajib.

Orang yang menunaikan ibadah-ibadah fardhu dengan sempurna mereka itu adalah yang mencintai Allah. Sementara orang yang menunaikannya kemudian menambahnya dengan ibadah-ibadah sunat, mereka itu adalah orang yang dicintai Allah. Ibadah-ibadah sunnah untuk mendekatkan diri kepada Allah, diantaranya adalah solat-solat sunat, puasa-puasa sunat, sedekah sunat dan amalan-amalan sunat dalam haji dan umrah.

3) Terus-menerus mengingat Allah (zikir) dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan atau dengan amalan dan keadaan dirinya.

Kadar kecintaan seseorang terhadap Allah bergantung kepada kadar zikirnya kepada-Nya. Zikir kepada Allah merupakan syiar bagi mereka yang mencintai Allah dan orang yang dicintai Allah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

“Sesungguhnya Allah aza wajalla berfirman :”Aku bersama hambaKu selama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak (untuk berzikir) kepadaKu”.

Ingatlah, kecintaan pada Allah akan diperoleh sekadar dengan keadaan zikir kepada-Nya.

4) Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri walaupun dikuasai hawa nafsunya.

Melebihkan cinta kepada Allah daripada cinta kepada diri sendiri, meskipun dibayangi oleh hawa nafsu yang selalu mengajak lebih mencintai diri sendiri. Ertinya ia rela mencintai Allah meskipun berisiko tidak dicintai oleh makhluk dan harus menempuh berbagai kesulitan. Inilah darjat para Nabi, diatas itu darjat para Rasul dan diatasnya lagi darjat para rasul Ulul Azmi, lalu yang paling tinggi adalah darjat Rasulullah Muhammad s.a.w. sebab baginda mampu melawan kehendak dunia seisinya demi cintanya kepada Allah.

5) Merenungi, memperhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah.

Begitu pula hatinya selalu berusaha memikirkan nama dan sifat Allah tersebut berulang kali. Barangsiapa mengenal Allah dengan benar melalui nama, sifat dan perbuatan-Nya, maka dia pasti mencintai Allah. Oleh karena itu, mu’athilah, fir’auniyah, jahmiyah (yang kesemuanya keliru dalam memahami nama dan sifat Allah), jalan mereka dalam mengenal Allah telah terputus (kerana mereka menolak nama dan sifat Allah tersebut).

6) Memerhatikan kebaikan, nikmat dan kurnia Allah yang telah Dia berikan kepada kita, baik nikmat lahir mahupun batin akan mengantarkan kita kepada cinta hakiki kepada-Nya.

Tidak ada pemberi nikmat dan kebaikan yang hakiki selain Allah. Oleh sebab itu, tidak ada satu pun kekasih yang hakiki bagi seorang hamba yang mampu melihat dengan mata batinnya, kecuali Allah SWT. Sudah menjadi sifat manusia, ia akan mencintai orang baik, lembut dan suka menolongnya dan bahkan tidak mustahil ia akan menjadikannya sebagai kekasih. Siapa yang memberi kita semua nikmat ini? Dengan menghayati kebaikan dan kebesaran Allah secara lahir dan batin, akan mengantarkan kepada rasa cinta yang mendalam kepadaNya.

7) Menghadirkan hati secara keseluruhan semasa melakukan ketaatan kepada Allah dengan merenungkan makna yang terkandung di dalamnya inilah yang disebut dengan khusyu’.

Hati yang khusyu’ tidak hanya dalam melakukan solat tetapi dalam semua aspek kehidupan ini, akan mengantarkan kepada cinta Allah yang hakiki.

8) Menyendiri dengan Allah di saat Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir.

Di saat itulah Allah SWT turun ke dunia dan di saat itulah saat yang paling berharga bagi seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada-Nya dengan beribadah dan bermunajat kepada-Nya serta membaca kalam-Nya (Al Qur’an) dan solat malam agar mendapatkan cinta Allah. Kemudian mengakhirinya dengan istighfar dan taubat kepada-Nya.

9) Bergaul bersama orang-orang yang mencintai Allah dan bersama para siddiqin.

Kemudian memetik perkataan mereka yang seperti buah yang begitu nikmat. Kemudian dia pun tidaklah mengeluarkan kata-kata kecuali apabila jelas maslahatnya dan diketahui bahawa dengan perkataan tersebut akan menambah kemanfaatan baginya dan juga bagi orang lain.

10) Menjauhi segala sebab yang dapat menghalang komunikasi antara dirinya dan Allah SWT.

Semoga kita sentiasa mendapatkan cinta Allah, itulah yang seharusnya dicari setiap hamba dalam setiap degup jantung dan setiap nafasnya.

Ibnul Qayyim mengatakan bahawa "kunci untuk mendapatkan itu semua adalah dengan mempersiapkan jiwa (hati) dan membuka mata hati."




Lilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

ReHat Sini Jap