"Ketahuilah bahawa kesusahan itu akan membuka pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mendewasakan jiwa, mengingatkan hamba dan menambah pahala".

~ IkLan ~

CounTeR



~ TimE ~

Saturday, September 21, 2013

Assalamualaikum w.b.t

Syukur Alhamdulillah masih lagi diberi nafas oleh Allah dimuka bumi ini. 

Dah lame rasenye tak update blog. Rindu nak menaip pada blog sendiri..hhihii
Kali ini just nak share story mengenai hari yang paling bahagia dalam hidup saya. 
2 in 1. (2 perkara yang sangat gembira berlaku dalam 1 masa)

Pejam celik, pejam celik dah 148 hari dah berlalu bersamaan hampir 5 bulan saya dah jadi tunangan orang, huhuhu.. mungkin masih xterlambat utk cerita, cerita yang dah hampir 5 bulan berlalu. tapi kalau makanan mesti dah basi dan berulat-ulat.. :)

Hari tu adalah hari pertunangan saya dan hari yang indah pada tarikh hari saya dilahirkan.

 Tadaaaa...


Saat yang mendebarkan + happy bile bakal ibu mertua menyarungkan cincin. Semoga perhubungan ini diberkati + direstui oleh kedua-dua belah pihak.

 

Sempat lagi kami berposing selepas majlis pertunangan selesai pada petang harinya..
Lokasi : Gunung Lang, Ipoh
Gambar diambil oleh : ChaieSafri


Syukur sangat majlis pertunangan berjalan lancar dan meraikan hari jadi saya yang ke....
Oh tua dah rupenye saya ni..
Malam harinya sempat juga en.Tunang celebrate my bufday.. Thanks Dear.
Happy sangat n thank a lots sbb sudi jadi sebahagian dari hidup saya..

Salah satu kek hantaran dihari majlis.. Nice + sweet sgt..
made by : TinieBakery (ipoh)
Kalau sape2 yg area Ipoh boleh tempah pelbagai kek+kuih kat Sis Tini ni..

Okey kawan-kawan tolong Doakan perhubungan kami ye berkekalan hingga ke Jannah.
 
Ya Allah, semoga kami sabar dan tabah melalui fasa yang baru dalam hidup kami..
Ya Allah, semoga jodoh kami dipermudahkan dengan ikatan yang diredhai dan direstui.



Sunday, February 17, 2013

KisaH Hati Ini..

Assalamualaikum w.b.t..

Selamat Malam Semua..

Tiada kata secantik bahasa
untuk ku puji kekanda
Tiada gambar seindah lukisan 
nak ku tunjukkan perasaan

Sungguh indah cinta yang dikurniakan Allah.
 Cintai ini kerana Allah.
 Jika kita mencintai seseorang cintailah kerana Allah. 
Cintailah seseorang bukan saja pada rupanya tapi cintailah seseorang kerana cintanya yang dekat dengan Allah iaitu yang mengikut ajaran Allah.
Semoga dengan memahami kesempunaan cinta sebenar, kita akan berada di dalam landasan kebenaran. 
Raihlah ia dengan bermunajat kepada Allah supaya dikurniakan hati yang lapang untuk menerimanya dan mengimaninya. 
Kesempurnaan cinta bermula dari mencintai Allah yang Esa dan in shaa Allah akan sempurnalah cinta kepada yang lain. 
Cinta buat yg halal itu lebih bererti n indah..
SubhanAllah..
 Katakanlah "Saya Cinta Allah dan menyintai apa yang dicintai olehNya." Semoga dengan sentiasa membisikkan dalam hati, hati ini terarah dan terlatih untuk hanya menyintaiNya dan meyintai apa yang dicintai olehNya.
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap kebaikan itu pastinya akan diganjari dengan kebaikan pula..
Semoga hubungan ini mendapat keredhaanNya dan terhindar dari dosa-dosa besar..
Amin..




Lilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

ReHat Sini Jap