"Ketahuilah bahawa kesusahan itu akan membuka pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mendewasakan jiwa, mengingatkan hamba dan menambah pahala".

~ IkLan ~

CounTeR



~ TimE ~

Thursday, July 29, 2010

:: Puasa Oh Puasa ::


Kali ni crita pasal puasa...
Pejam jelik pejam jelit, sekejap je mase berlalu..sudah hampir penghujung bulan Julai dan akan tiba bulan Ogos...Hanya hampir seminggu sahaja. Dan pd bulan ini umat Islam akan menjalani ibadah puasa, bulan yg paling mulia iaitu bulan Ramadhan..
Memang kedatangan Ramadhan akan dinantikan oleh umat islam bg mendapat & mengumpul keberkatan & pahala yg berlipat ganda..

Diantara hadis yang sering dikumandangkan setiap kali
hadirnya bulanRamadhan ialah hadis yang berbunyi :
“Apabila masuk bulan Ramadhan, dibukakan pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka Jahannam, serta dibelenggu syaitan-syaitan”.
Bila teringat
puasa sebelum2 ini, mmg byk perkara yg sy lalui..Ada yg seronok dan ada yg tidak..Memang xdapat dilupakan. Banyak perbezaan puasa dulu dan sekarang.. Berpuasa disuasana yg berbeza, yela dulu belajar, sekarang dh kerja..Tambahan pulak zaman kanak2..puasa "Yang yok pagi2 bukak periok" ungkapan 2 tak akan saya lupa ..

Teringat zaman sekolah mmg melucukan..Sehari berpuasa amat meletihkan. Nasiblah waktu p'sekolahan hanya setengah hari. Balik je dr sekolah trus tidor.. Klu boleh nk tidor je sampai waktu berbuka..Tp kuatkan juga semangat untuk m'habiskan seharian berpuasa..Yela ade habuan menanti bila berpuasa penuh dibulan Ramadhan..
Dulu:~ puasa mmg meletihkan..Yg ade difikiran mahukan puasa penuh sebulan untuk dptkan duit raya yg banyak, xkira mcmane cara sekali pun kite berpuasa..hehe smpikan penah mencuri2 untuk minum tp masih puasa lg..yela klu kt rumah sape yg x berpuasa xboleh berbuka bersama2 dgn org yg berpuasa..sape yg xnak kan..so puasa jugaklah..
Sekarang:~ Berbeza la dgn zaman kanak2..Sekarang penghayatan tntg
puasa lebih mendalam n semangat berpuasa x same mcm zaman kanak2..wlaupun bekerja seharian masih mampu dan larat untuk berpuasa..Dan puasa lebih bermakna..('',)

Juadah berbuka puasa yg wajib ada utk family aku semestinya kurma dan kuih muih..bg pembuka selera dan sunah Nabi..
Dulu:~ berbuka puasa beramai2, Azan belum berkumandang makanan dh tersedia kt depan mata..tinggal nk makan je..
Sekarang:~ Dah susah nk berbuka beramai2 kerana x semua ahli keluarga ada..



Setiap malam pd bulan Ramadhan umat Islam akan mengerjakan ibadah solat iaitu solat Terawih..
Dulu:~ Berterawih beramai2 dah menjamu kuih muih selepas selesai solat..
Sekarang:~ Jarang Terawih berjemaah dan hanya solat sendiri..

1 lg perkara yg sy suke mase bulan
Ramadhan:
bersedekah, xkira sedekah ape pun tp dulu biasenya sedekah makanan atau kuih muih je.. Bertukar2 makanan dgn jiran2..huh mmg sronok sgt tambahan pula bila tau jiran 2 masak lain dr yg lain..hehe :)
Dulu:~ Bertukar2 makanan dgn jiran2 dan MORE beramai2..
Sekarang:~ Makan sendiri & bersama kawan2..nak tukar makanan pun xkenal jiran..ermmmm..


Dulu:~ Selalu mengikuti program bertadarus beramai2 disekolah & mengikuti ceramah2 agama..walaupun tidak menghayati sepenuhnya..(-_-) (yelah budak2)
Sekarang:~ Hanya membaca Al-Quran sendiri dirumah..

Walaubagaimana cara sekalipun kite berpuasa, niat & penghayatan kena lah betul..dari situ kite dapat rasakan ibadah puasa yg kite jalani sangat bermakna..
Dan semoga
Ramadhan kali ini dapat membentuk dan menjadikan kita menjadi peribadi yang dicintai oleh Allah dan mendapatkan kemudahan serta syafa'atnya di kehidupan ini..


Monday, July 26, 2010

.: JaLan-jaLan Cari Makan :.

Sudah sekian lama aku tak ronda2 KL cari makan di hujung minggu..Semalam tekak terasa nk makan ikan bakar..so fikir2, teringat Yunkies Hut..1st time makan ikan bakar kat c2 aku dh terpikat..mase 2 celebrated birthday someone special...heeeee ('',) Sebelum 2 aku penah berbuka puasa dgn mmbr2..1st time aku makan kt c2 aku tertarik ngan suasana tmpt yg agak romantik n sesuai untuk semua golongan termasuk family..ms 2 blum try ikan bakar lg..tp masakan lain pun mmg best..tempat die lak xjauh dr rumah aku kt putrajaya..tmpt nye kt bangi..agak tersorok dr restoran2 lain..tp still ramai yg tahu n mmg best kt cnie...
Jom kite menjamu selara...~~~~~~~

Nama pun agak klasik~~Teratak Ikan Bakar : YANKIES HUT~~

~~Huh...Jemput2..Selera tgk Ikan Siakap Bakar+Tomyam+Sayur Kailan Ikan Masin+Cincau Ais..Nyum..Nyum..~~

~~Amik Bau duluuuuu..~~

~~Celebration your birthday...ngeeeeee (>_<) ~~

~~Ikan Syaru+Pari Bakar+Tomyam+Udang Pedas+Kailan Ikan Masin+Jus Tembikai Laici+Teh O Suam+Air Suam~~

Tuesday, July 20, 2010

♥ ~:~ ♥ SacRed PieCe oF tHe HeaRT ♥ ~:~ ♥


Running to the most profound piece of the heart
On the innermost solitary road
The wondrous road of truth lays
Ahead of your eye of a fighter
Running to the most profound piece of the heart
On the innermost solitary road
But the road of the truth
Is not forever quiet
The test has come (of spiritual) attack
It's a trap waiting for its prey
The foot will heed strength for such a stride
When focused on the awaiting thorns
In this vague blur the eye is weeping
In the dust there's worry about the branches
Expecting an easy inner (spiritual) struggle
Is like yearning for the moon in the middle of the day
His wondrous road cannot touch the eye
His beginning is far from his end
Which is not yet in reach..


Thursday, July 15, 2010

♥~ TreKkinG Lepoh Hill's wiTh KE7B ~♥

Ahad; 11Julai2010; 8.00am;
Lagi aku mengikuti KE7B trekking Lepoh Hill's..kali ni xmacam climbing hr 2 yg lebih adventure..
Trekking ni relax & release...
Mmg best & de buat makan2 BBQ & mandi-manda tepi sungai...
Enjoy & happening..('',)



Tuesday, July 13, 2010

::Kenapa Aku Masih Solo::

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat. Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Friday, July 9, 2010

~~~ Alam Persekolahan ~~~

Jumaat yang Tenang...
Diwaktu rehat yg panjang sempat aku search lagu-lagu nasyid buat hiburan..
Terjumpa lagu-lagu nasyid yg membuat kan aku teringat dizaman persekolahan..
Pernah satu ketika dinyanyikan oleh kumpulan nasyid dr kami..

~~ Alam Persekolahan ~~


Ade satu lagi nasyid yg aku xlupa tajuknya;

~~ Dunia Batu Kaca ~~


Marilah kita hayati bersama.. ('',)

Wednesday, July 7, 2010

'JanGaN kAu BeRSediH'.....


Jangan kau bersedih sayang...
Kerana KESEDIHAN itu boleh MENGOTORI kehidupan
Kesedihan itu juga merupakan suntikan BERACUN yg berbisa bagi jiwa yg membolehkan
mengakibatkan kelesuan, keluhan, dan kebingungan

Jangan kau bersedih sayang...
Kerana kesedihan juga boleh membawa kepada kemurungan yg menggelapkan HATI
dan akan membuat keseluruhan keindahan menjadi LAYU


Jangan kau bersedih sayang...
Kerana kesedihan merupakan sebahagian daripada MUSIBAH atau cubaan
Oleh itu, hendaklah kamu sentiasa cuba melawannnya dengan DOA
dan cara-cara lain yang dapat mengusir kesedihan.


Jangan kau bersedih sayang...
Sabar dan terus bersabar dalam menempuh ujian dan dugaan Tuhan
Sabar menghadapi MUSIBAH adalah sebesar-besar erti sabar dimana SABAR itu memerlukan KESABARAN pula
Adapun bala & musibah, ia akan menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang ALLAH
Oleh itu syukurlah ia kerana SYUKUR yang sedemikian adalah setinggi-tinggi erti Syukur.

Sentiasalah memohon perlindungan dari ALLAH agar dijauhkan dari kesedihan:
“Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan..”; maksudnya: “ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan..”


Monday, July 5, 2010

~ KerjayaKu ~

Hari ini.....
Genap 2 tahun aku bekerja di TRC s/b sebagai ACE atau lebih dikenali pembantu ukur bahan..Selama 2 tahun aku bekerja kt cni byk ilmu yg aku dapat terutama mengenai claim, request inspection, request information, variation order, joint measurement, n byk lagi la yg bersangkut paut dgn costing ni....


Memang kekadang stress sbb byk benda nk fikir n slalu kena push n tggu supporting dr sub-con or supplier utk submit pd client.. Bile sumer settle mmg aku rase puas hati sgt..
Tp dalam kepuasan hati ni dtg lak kerja2 bru yg xpenah/xkan hbs bak kate consultants..
Aku sronok keje kt sini sbb dpt bos yg sporting n x suke2 marah2..cm2 la best, bru la stuff x tension..


Keje site mcmni mmg masa x menentu utk menyiapkan kerja..kdg2 smpi 11.00pm bru balik..tp xslalu la.. Balik lewat klu ade tender & kerja2 pntg yg nk disiapkan..tp biasenya tender HQ yg handle so ringan la sikit keje ni..
Sblm ni aku pernah keje pem. ukur bahan di company lain tp pd aku company ni la yg keje sistematik yg penah aku jmpe..mayb sbb company besar kot..xtau la sbb aku blm penah keje company2 besar mcmni..


Yg paling sronok aku bersyukur kerana Allah pertemukan aku dgn company ini yg menyediakan tmpt tggl n kenderaan bg stuff yg bekerja di site..
So aku xpayah pening2 nk fikir cmne nk cr rumah sewa... Dan skrg aku punya aset hasil dr kerja sebagai ACE di sini... Alhamdulillah ('',)

Aku berdoa agar suatu hari nnti Allah akan memakbulkan hasrat aku untuk membuka & membina perniagaan sendiri....InsyaAllah....~~~


Sunday, July 4, 2010

~~ GemBirA + SediH ~~

Apa yg gembira????
German menang....


Apa yg sedih????
Argentina kalah...
Don't cry Argentina..


Buat pertama kali nye aku menonton perlawanan bola sepak WorldCup 2010..Ape yg membuatkan aku nk menontonnye adalah kerana 2 2 team kegemaran aku..German+Argentina..

Suasana dikedai mamak mmg penuh la dr hr2 biasa..mmg semua bersemangat untuk menyokong team2 masing2..termasukla aku skali..yg paling best nye aku lak rase berdebar sbb nk tahu sape yg layak..naluri aku lebih pada german tp mase tonton 2 aku pakai jersi argentina..hahaha sbbnya xsmpt nk cri jersi german lengan panjang..
so sokong je la 2 2..Lastly mmg memalukan coz argentina kalah teruk 4 berbalas telur ayam..hadoiiiiiiiiiii..Mase 2 mmg penyokong german kutuk gile la coz aku pakai jersi argentina..siap sound2 tanggal je la jersi 2 buat kain buruk..
HAMPEHHHHHH!!!!!!!!!!!

Pepun dalam hati ni mmg puas hati sgt sbb German menang n main terbaek punyer...strategi yg sistematik & pertahanan yg kental...Go..go..go German..Go for the winner..!!

Pemain terbaik perlawanan, Bastian Schweinsteiger berkata: “Kami mungkin bertemu Sepanyol di separuh akhir nanti. Bagi saya, mereka adalah pasukan terbaik dunia tetapi kami juga bagus, kami percaya pada diri.”

Saturday, July 3, 2010

-: MenJeJaKi PunCak :-

Puncak Bukit Tabuh bersama KE7B

Bile datangnya hujung minggu selalu terfikir, ape yg harus aku lakukan bg memenuhkan waktu yg terluang dgn tidor n melayan anak buah...Mmg sronok layan kerenah budak2 ni, tp klu stiap minggu buat perkara yg same mmg terasa agak memboringkan..
Klu layan mendaki ni pun best jugak..?? tibe2 terlintas difikiran stelah melihat gambar kwn2 di FB..wlupun xbrape nk kenal tp xsalahkan klu aku mencuba sesuatu yg aku rase patut aku cube..
Bile nk join xtvt2 mcm ni perlukan stamina yg kuat & kelengkapan yg baik + selesa yg menjurus kepada keselamatan..yela kan 'Safety first'..

27June2010/Ahad bersamaan 14Rejab berapa masihi aku lupe sempena hari lahir aku dlm bulan islam;8.00a.m..Bile aku join xtvt ni mmg ternyata sungguh mencabar & menyeronokkan..patutla adik aku 'chaie' suke sgt involved xtvt2 mcmni..seriously, mmg 1 kepuasan apabila smpi dikemuncak wlupun pd mule nya kaki masih blum serasi dgn pendakian ni..tp matlamat utk smpi kekemuncak berkobar2 membuatkan apa saje keperitan & kesakitan yg aku rase hilang.. Memang kagum dgn keindahan alam ciptaan Tuhan..Allah Maha Besar yg menciptakan Alam semesta yg tesergam indah yg mampu diterokai oleh manusia sejagat..Syukur kerana aku mampu menikamatinya..
Segala kesakitan & penat lelah berbaloi-baloi..('',)

sangat2 mencabar & seronok.. :-)


Friday, July 2, 2010

-: JIKA AKU JATUH HATI :-

Ya Allah jika aku jatuh CINTA
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padamu..
Agar bertambah kekuatan untuk menyintaimu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh HATI
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padamu..
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..

Ya Rabbana jika aku jatuh HATI
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatimu..

Ya Rabbul Izzati jika aku RINDU
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..

Ya Allah jika aku menikmati CINTA kekasihMu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh HATI pada kekasihMu
Janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...

Ya Allah jika kau HALALkan aku merindui kekasihMu
Janganlah biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu..

Amin Ya Rabbul Alamin....

Thursday, July 1, 2010

~ The ISM 49th Annual Dinner ~

The line of new council members.

Buat pertama kalinya dijemput kemajlis makan malam ISM yang ke-49 di Hotel Istana pada 19Jun2010. Memang tak akan aku lepaskan peluang untuk menghadiri majlis2 sebegini bagi meraikan & melihat kejayaan org2 yg berjaya..
Dengan tak disangka, disana aku berjumpe dengan pengajar yg pernah aku ikuti semasa kursus pembinaan di Sintok, Kedah dulu..The President Institution of surveyors Malaysia..Assoc. Prof. Sr. Dr. Hjh Wan Maimun Wan Abdullah..Yg pd masa itu beliau memegang jawatan sebagai presiden persatuan..Sangat terharu dan bangga dengannya..


Memang seronok menghadiri majlis seperti ini kerana berpeluang melihat kejayaan orang lain dan menambahkan semangat untuk terus berjaya. InsyaAllah..('',)



Lilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

ReHat Sini Jap