"Ketahuilah bahawa kesusahan itu akan membuka pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mendewasakan jiwa, mengingatkan hamba dan menambah pahala".

~ IkLan ~

CounTeR



~ TimE ~

Wednesday, December 29, 2010

Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Yang Menerima..


Pernahkah anda melihat;-

beberapa org kanak2 meminta2 sedekah di stesen2 bas,

org cacat memegang cawan sambil meminta sedekah atau org buta bermain muzik ditepi pasar malam,

org kurang upaya meminta bantuan direstoran atau kedai makan,

atau sesiapa sahaja yg meminta belas kasihan untuk mengutip dana membangunkan sekolah atau masjid dan sebagainya?

Apakah pandangan anda tentang perbuatan atau pekerjaan ini?

Berbagai2 tanggapan individu terhadap golongan2 ini samada positif mahupun negative..

Ada juga individu yg mengatakan ini adalah taktik sendikit yg menghantar org2 miskin atau kanak2 utk meminta sedekah.. Ada juga yg mengatakan org sihat yg berpura2 kurang upaya utk mencari duit dgn cara yg mudah..

Apa pun tanggapan masyarakat, pernahkah kita terfikir kenapakah golongan2 ini berlaku sedemikian rupa,

Patutkah kita menuding jari atau menyalahkan individu tersebut tanpa menyelidik atau mengetahui kenapa boleh berlakunya perkara seperti itu dan tanpa kita berbuat apa2 yg boleh membantu mereka bebas dr gejala seperti ini atau hanya berdiam diri sahaja serta memandang hina kepada golongan ini..

Alangkah kejamnya masyarakat jika kita berfikiran seperti itu..

Yang pasti tiada manusia atau masyarakat yg mahu hidup susah dan merempat seperti itu..

Jadi bantulah mereka tak kira dari segi apa juga bantuan..Jangan lah kita berfikir bantuan kita yg sedikit itu hanya sia2.. Kerana Allah lebih mengetahuinya..

Bantulah dengan ikhlas dan niat untuk menolong org susah bg meringankan penderitaan mereka.. Jika mereka hanya bersandiwara atau berpura-pura itu adalah tanggungjawab & kewajipan mereka terhadap Allah s.w.t..

Bagi golongan2 yg berpendapatan besar kenapa tidak diberikan kerja yg lebih baik kepada golongan susah bg menghindarkan golongan ini dr mengemis & meminta2 dr hanya berdiam diri dan melihat sahaja perbuatan ini walaupun tidak menyukainya..

Apapun mereka, mereka tetap insan dan makhluk Tuhan yg mahukan kesempurnaan dalam hidup..

~Renungan bersama buat diri sendiri & saudara maraku~

“Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah di jalan Allah sebahagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi syafa’at. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim.” [Al Baqarah 254]

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah s.a.w. ada menyatakan dalam hadis-hadisnya bahawa sedekah itu boleh di bahagikan kepada tiga jenis iaitu sedekah dengan hati, lisan dan perbuatan.

Pertama sedekah dengan hati :
Niat yang ikhlas dalam apa jua pekerjaan.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "Seorang hamba yang dikurniakan Allah ilmu dan niat yang ikhlas, ia berkata, 'Seandainya aku memiliki harta, nescaya aku akan beramal sebagaimana yang diperbuat oleh si polan (golongan yang diberikah harta dan ilmu).' Dengan niatnya tersebut, maka pahala kedua-dua hamba ini sama."
(Hadis Riwayat Tirmizi).

Kedua sedekah dengan lisan :
Berzikir seperti tasbih, tahmid, tahlil dan takbir.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah dan setiap takbir adalah sedekah..."
(Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Nabi s.a.w. lagi yang bermaksud, "Perkataan yang baik adalah sedekah."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Antara ucapan yang baik yang dianggap sebagai sedekah adalah memberi salam, mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran, berlemah lembut sewaktu bercakap dan tidak menguris hati orang lain.

Ketiga sedekah dengan perbuatan :
1. Senyuman, sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, "Senyuman kepada saudaramu adalah sedekah."

2. Solat : Solat adalah sedekah untuk diri sendiri. Berjalan ke masjid juga merupakan sedekah.

3. Puasa sunat : Puasa sunat adalah sedekah untuk diri sendiri.

4. Tidak mampu menunaikan haji dan umrah. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, "Barangsiap yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk menunaikan solat fardu, pahalanya seperti pahala haji. Barangsiapa yang keluar untuk solat Duha dan tidak keluar melainkan hanya untuk itu, pahalanya seperti pahala umrah."
(Hadis Riwayat Abu Daud).

5. Manusia mempunyai sebanyak 360 sendi dan sedekahnya ialah solat Duha dua rekaat setiap hari.

6. Membuang atau mengalihkan sesuatu yang menghalangi jalan.

7. Membersihkan masjid dan menjaga kebersihannya.

8. Menolong insan yang memerlukan dan mendamaikan antara dua orang.

9. Memberi tumpang seseorang atau barang-barang dengan kenderaan.

10. Menunjukkan jalan kepada orang yang sesat serta membantu orang buta.

11. Memberi minum kepada sesama makhluk tidak kira samaada manusia atau binatang.

12. Memberi pinjaman wang atau menangguhkan bayaran balik pinjaman sekiranya orang yang meminjam tidak mampu membayar dalam tempoh yang sepatutnya dilangsaikan hutang tersebut.

13. Mengajarkan ilmu.

14. Menanam apa jua pokok atau tanaman, kemudian dimakan oleh makhluk Allah..

Sahabat yang dikasihi ..
Oleh itu janganlah bertangguh-tangguh untuk bersedekah, walau pun dengan sumbangan seringgit, dengan niat yang baik, dengan kata-kata yang baik dan senyuman kerana sesungguhnya syaitan akan menghalang anak Adam dari melaksanakan amalan sedekah ini.


No comments:

Post a Comment


Lilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

ReHat Sini Jap