"Ketahuilah bahawa kesusahan itu akan membuka pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mendewasakan jiwa, mengingatkan hamba dan menambah pahala".

~ IkLan ~

CounTeR



~ TimE ~

Sunday, February 17, 2013

KisaH Hati Ini..

Assalamualaikum w.b.t..

Selamat Malam Semua..

Tiada kata secantik bahasa
untuk ku puji kekanda
Tiada gambar seindah lukisan 
nak ku tunjukkan perasaan

Sungguh indah cinta yang dikurniakan Allah.
 Cintai ini kerana Allah.
 Jika kita mencintai seseorang cintailah kerana Allah. 
Cintailah seseorang bukan saja pada rupanya tapi cintailah seseorang kerana cintanya yang dekat dengan Allah iaitu yang mengikut ajaran Allah.
Semoga dengan memahami kesempunaan cinta sebenar, kita akan berada di dalam landasan kebenaran. 
Raihlah ia dengan bermunajat kepada Allah supaya dikurniakan hati yang lapang untuk menerimanya dan mengimaninya. 
Kesempurnaan cinta bermula dari mencintai Allah yang Esa dan in shaa Allah akan sempurnalah cinta kepada yang lain. 
Cinta buat yg halal itu lebih bererti n indah..
SubhanAllah..
 Katakanlah "Saya Cinta Allah dan menyintai apa yang dicintai olehNya." Semoga dengan sentiasa membisikkan dalam hati, hati ini terarah dan terlatih untuk hanya menyintaiNya dan meyintai apa yang dicintai olehNya.
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap kebaikan itu pastinya akan diganjari dengan kebaikan pula..
Semoga hubungan ini mendapat keredhaanNya dan terhindar dari dosa-dosa besar..
Amin..



No comments:

Post a Comment


Lilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

ReHat Sini Jap