"Ketahuilah bahawa kesusahan itu akan membuka pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mendewasakan jiwa, mengingatkan hamba dan menambah pahala".

~ IkLan ~

CounTeR



~ TimE ~

Tuesday, February 11, 2014

ALLAH ENGKAU DEKAT.

ALLAH ENGKAU DEKAT
PENUH KASIH SAYANG
TAKKAN PERNAH ENGKAU BIARKAN HAMBAMU MENANGIS.

Sewaktu ketika dulu, aku tersentuh dan kerap kali mengalirkan air mata bila mendengarkan lagu ini. Terlintas difikiran, Engkau takkan biarkan hambamu menangis tapi jauh disudut hati ini terlalu sedih dgn dugaan yang menimpa diri biarpun tatkala itu melihat orang2 disekelilingku kecapi kebahagiaan. Dan pada ketika itu aku jauh dr keluarga dan teman2..


KERANA KEMURAHAN MU
KERANA KASIH SAYANG MU
HANYA BILA DIRI MU INGIN NYATAKAN CINTA
PADA JIWA-JIWA YANG RELA
DIA KEKASIH MU
KAU YANG SELALU TERJAGA
YANG MEMBERI SEGALA
ALLAH RAHMAN ALLAH RAHIM ALLAHU YA GHOFAR YA NURUL QOLBI
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis

Kerana kemurahan Mu, Kerana kasih sayang Mu, aku terus berharap.. aku terus meminta.. aku terus merayu.. aku terus berusaha.. dan tidak pernah lelah berdoa agar aku terus bersama Mu, dekat dengan Mu.. serta bahagia dan tenang dengan mengingati Mu.

Sesungguhnya Kau Maha mendengar.. Dikala itu kau berikan ku segalanya yang aku mahu dan mungkin bukan yang aku mahu tetapi terbaik bagi ku.. Dan aku bersyukur atas segala nikmatMu. Kerana aku tahu Kau menyayangi hamba-hambamu, dan mahu mendengar rintihan hamba-hambamu.
MAAFKANLAH BILA HATI
TAK SEMOURNA MENCINTAIMU
DALAM DADAKU HARAP HANYA
DIRIMU YANG BERTAHTA.

Ya Allah..
Terima kasih atas segala-galanya.



No comments:

Post a Comment


Lilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

ReHat Sini Jap