"Ketahuilah bahawa kesusahan itu akan membuka pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mendewasakan jiwa, mengingatkan hamba dan menambah pahala".

~ IkLan ~

CounTeR



~ TimE ~

Wednesday, March 9, 2011

TeRJa9a DaLam LeNa


Assalamualaikum readers....
Bertemu lagi kita semua dalam episod terbaru..
Bersyukur sgt2 kehadrat Ilahi kerana masih diberi peluang utk hidup dan bernyawa dikala ini...
ehem..ehem.. mukadimah yg ada bersangkut paut dgn tajuk entry kali nie..
Nak dijadikan crita....

Dikala sedang nyenyak tidur dlm keletihan di tengah malam yg hening tetibe aku brada di alam yg aku sendri pun xtahu.. Pada masa 2 aku brade dirumah dikampung halaman.. dengan tetibe aku mendapat berita yg paling aku takut & sedih nak dengar.. dan secara xlangsung air mataku berlinangan dan aku menangis kesedihan.. jalan crita yg agak panjang dan tak sronok tuk aku berkongsi disini..

Dalam suasana yg sedih dan pilu tetiba aku terjaga dr tidur.. Dan aku tersedar yg aku hanya lah bermimpi.. terkapai2 & tercapai hendphone dan aku melihat jam bru menandakan pukul 4 pagi... Astaghfirullah.. mimpi rupa2nya aku..nasib baik mimpi.. Terfikir sejenak mcmne aku boleh mimpi sebegini.. hmmm mimpi hanya mainan tidur..
Nak kate tidur tanpa membasuh kaki, sebelum tidur lgi aku dah berwuduk & solat..
Dalam keadaan mamai2 aku mula menarik selimut dan ingin menyambung tidurku.. Pada ketika itu aku tidak dpt melelapkan mata semula & mula berfikir tntg mimpi yg aku alami.. Dan air mata aku mula mengalir..

Seingat aku ni lah kali pertama aku bermimpi seperti ini.. Dan pd kebiasaannya ape yg aku mimpi jarang utk aku igtkan kembali samada mimpi gembira, sedih atau pun menakutkan.. bile tersedar & terjaga dr tidur aku boleh tertanye, ape yg aku mimpi td yerk..
tp kali ni memang aku ingat setiap jalan crita dlm mimpi aku tuh..

Kemudian aku membaca artikel2 mengenai Tafsiran mimpi menurut Islam.. Serta mimpi2 menurut Al-Qur`an dan As-Sunnah..

`Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.

Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya,"Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku".Baginda menjawab, "Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya". Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut. Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu menafsirkan kebenarannya.'

Samalah juga kita tidak boleh menjadikan mimpi sebagai hujah atau fakta untuk sesuatu pendirian atau pendapat. Umat Islam tetap perlu kembali kepada Al-Qur`an dan hadis..

Sekian buat entry kali ni..
Assalamualaikum semua.. ^-^

2 comments:

  1. seyesly aku mcm tak ingt aku mimpi ape.. lama dah.. adoi

    ReplyDelete
  2. 2lah...sometime kite terlupe ape yg kite mimpi..kan..
    lupe pon xpe.. ;>

    ReplyDelete


Lilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

ReHat Sini Jap