"Ketahuilah bahawa kesusahan itu akan membuka pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mendewasakan jiwa, mengingatkan hamba dan menambah pahala".

~ IkLan ~

CounTeR



~ TimE ~

Friday, April 15, 2011

Seman9at Yan9 Hilan9


Assalamualaikum semua..
Salam pagi Jumaat yg indah lg harmoni..
Bila tiba hari jumaat, ramai yang nampak cool dan tenang dr awal pagi untuk melakukan sesuatu perkara.. Bagus dan sangat baik untuk permulaan seharian bagi menjalani mood seharian.. Berbanding dengan hari2 lain atau hari Isnin yg selalu dikatakan MONDAY blues or moning sickness pd pagi Isnin..

Apa2 pun bergantung pada individu yg mahukan permulaan mood yg baik pd setiap hari..

Sebenarnya kehidupan ni tak lah terlalu rumit sepertimana yg kita bayangkan. Ianya akan bertambah rumit jika kita sendiri memikirkan ianya rumit. Begitu juga jika kita memikirkan apa yg kita mahu lakukan sesuatu itu mudah maka, InsyaAllah mudah lah jadinya dgn usaha yg gigih..

Setiap manusia tidak terlepas daripada mempunyai sifat yg mahukan kejayaan. Kejayaan didorong oleh motivasi yang kuat untuk mencapai sesuatu. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang gagal untuk mengekalkan motivasi mereka. Ini menyebabkan ramai yang terkandas dan cepat mengalah sebelum bertindak.
Minda (mind power) merupakan kunci kepada tindakan dan sikap setiap manusia..

Mari kita berkongsi tips untuk memotivasikan diri kita untuk lebih berjaya..
Motivasi ini saya ambil dr petikan iluvislam untuk perkongsian kita bersama..

Apakah faktor utama untuk kita mengekal motivasi selama 7 hari berturut-turut? Menurut kajian, apabila seseorang itu mampu mengekalkan motivasi selama 7 hari, maka proses untuk mencapai kejayaan adalah lebih mudah.

1) Cari Ayat Motivasi Relevan Selari dengan Impian

Lakukan sedikit carian untuk mencari ayat motivasi atau 'quote' daripada pakar dalam bidang masing-masing. Pastikan ayat tersebut tersebut selari dengan impian yang kita ingin kecapi.

Selepas itu, tulis semula dalam kertas atau cetak. Kemudian tampalkan di tempat yang mudah untuk kita lihat setiap hari. Untuk tambahan, jadikan ayat motivasi tersebut sebagai 'wallpaper' komputer kita.

Pakar psikologi mendapati ayat-ayat motivasi mampu meningkatkan motivasi dengan segera. Ia akan menjadi lebih efektif jika kita mengulanginya setiap hari.

2) Membina Kumpulan Motivasi

Robert Kiyosaki, penulis buku Rich Dad Poor Dad menyatakan bahawa seseorang itu mudah untuk mendapatkan motivasi berterusan, jika mereka bergerak secara kumpulan. Hal ini juga disebut dalam buku Think & Grow Rich oleh Napoleon Hill.

Apabila kita mempunyai kumpulan yang mempunyai matlamat sama, maka potensi untuk kita kekal bermotivasi adalah tinggi. Ini kerana setiap seorang akan menyumbang kekuatan untuk memotivasikan individu yang lain.

3) Tulis Matlamat Setiap Hari

Dengan menulis matlamat setiap hari, kita dapat mengingatkan diri terhadap apa yang ingin dicapai pada masa akan datang. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan motivasi menerusi minda separa sedar.

Biasakan tulis matlamat sebelum kita tidur. Dengan cara ini, kita telah mengaktifkan minda separa sedar untuk memproses langkah-langkah, supaya matlamat kita tercapai.

Jadi, mari kita bersama-sama berusaha melakukan perubahan ke atas diri kita jika kita berasa lemah dan kurang keyakinan.. Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. InsyaAllah.

*Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur.

3 comments:

  1. sy tag awk tuk GA simple dri Moscow..=)http://misssandwich1001.blogspot.com/2011/04/giveaway-from-moscow-by-miszlullaby.html

    ReplyDelete
  2. Imiza, awk pergi dkt link yg saya dh bg..pihak penganjur ad bg step by step pe yg perlu dibuat..=)

    ReplyDelete


Lilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

ReHat Sini Jap