"Ketahuilah bahawa kesusahan itu akan membuka pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mendewasakan jiwa, mengingatkan hamba dan menambah pahala".

~ IkLan ~

CounTeR



~ TimE ~

Tuesday, February 15, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL 1432H

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim

Dilahirkan pada Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)

Dilahirkan di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

Bapanya bernama Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim

Ibunya bernama Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

Pengasuh pertama ialah Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW)

Ibu susu pertama ialah Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

Ibu susu kedua ialah Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Pada usia 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

Pada usia 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)

Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

Pada usia 8 TAHUN

Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.

Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

Pada usia 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

Dikota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

Pada usia 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ ,jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah..

Pada usia 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..

Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

Pada usia 35 TAHUN

Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.

Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.

Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

Pada usia 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

Pada usia 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.

Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

Pada usia 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW ;

Khadijah Binti Khuwailid

Saudah Binti Zam’ah

‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)

Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)

Ummi Habibah Binti Abu Sufyan

Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)

Zainab Binti Jahsy

Maimunah Binti Harith

Safiyah Binti Huyai bin Akhtab

Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW ;

Qasim

Abdullah

Ibrahim

Zainab

Ruqaiyah

Ummi Kalthum

Fatimah Al-Zahra’

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy.Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

Thuwaibah

Hamzah

Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

Halimah Al-Saidiyyah

Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib

Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza

Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza

‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

Al-Harith

Muqawwam

Zubair

Hamzah **

Al-’Abbas **

Abu Talib

Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza)

Abdul Ka’bah

Hijl

Dhirar

Umaimah

Al-Bidha (Ummu Hakim)

‘Atiqah *

Arwa *

Umaimah

Barrah

Safiyah (ibu kepada Zubair Al-’Awwam) **

* Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.

** Sempat masuk Islam.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)


No comments:

Post a Comment


Lilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

ReHat Sini Jap