"Ketahuilah bahawa kesusahan itu akan membuka pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mendewasakan jiwa, mengingatkan hamba dan menambah pahala".

~ IkLan ~

CounTeR



~ TimE ~

Wednesday, July 7, 2010

'JanGaN kAu BeRSediH'.....


Jangan kau bersedih sayang...
Kerana KESEDIHAN itu boleh MENGOTORI kehidupan
Kesedihan itu juga merupakan suntikan BERACUN yg berbisa bagi jiwa yg membolehkan
mengakibatkan kelesuan, keluhan, dan kebingungan

Jangan kau bersedih sayang...
Kerana kesedihan juga boleh membawa kepada kemurungan yg menggelapkan HATI
dan akan membuat keseluruhan keindahan menjadi LAYU


Jangan kau bersedih sayang...
Kerana kesedihan merupakan sebahagian daripada MUSIBAH atau cubaan
Oleh itu, hendaklah kamu sentiasa cuba melawannnya dengan DOA
dan cara-cara lain yang dapat mengusir kesedihan.


Jangan kau bersedih sayang...
Sabar dan terus bersabar dalam menempuh ujian dan dugaan Tuhan
Sabar menghadapi MUSIBAH adalah sebesar-besar erti sabar dimana SABAR itu memerlukan KESABARAN pula
Adapun bala & musibah, ia akan menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang ALLAH
Oleh itu syukurlah ia kerana SYUKUR yang sedemikian adalah setinggi-tinggi erti Syukur.

Sentiasalah memohon perlindungan dari ALLAH agar dijauhkan dari kesedihan:
“Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan..”; maksudnya: “ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan..”


No comments:

Post a Comment


Lilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

ReHat Sini Jap